Kod Pengendalian Perniagaan

Kod Pengendalian Perniagaan Abbott

  • Pengenalan

    1. Cara menggunakan e-Buku ini
    2. Perutusan CEO
  • Pelaksanaan Kod Kita

    1. Kejujuran, Keadilan dan Integriti
    2. Membuat Keputusan
  • Pelanggan Kita

    1. Pesakit dan Pengguna
    2. Pertimbangan Ahli Profesional Penjagaan Kesihatan
  • Produk Kita

    1. Kualiti Produk
    2. Promosi Produk
  • Memajukan Sains

    1. Inovasi
    2. Memajukan Sains
  • Warga Kerja Kita

    1. Kerjasama
    2. Hubungan Kita antara Satu Sama Lain
    3. Melaporkan Kebimbangan
    4. Peluang Sama Rata
    5. Layanan Adil
    6. Persekitaran Kerja
  • Komuniti Kita

    1. Penglibatan Komuniti
    2. Tanggungjawab pada Alam Sekitar
    3. Sumbangan Politik
  • Cara Kita Beroperasi

    1. Berurusan Secara Adil
    2. Mengelakkan Konflik Kepentingan
    3. Perlindungan Aset & Reputasi Abbott
    4. Maklumat Sulit
    5. Antisogokan
    6. Hadiah, Jamuan Makan & Hiburan
    7. Rekod & Akaun yang Tepat
    8. Pematuhan Undang-undang
    9. Persaingan Adil
    10. Kebolehgunaan
    11. Pengecualian & Pindaan

Suarakan Pandangan

Kami menawarkan beberapa saluran untuk anda mengajukan soalan dan menyuarakan kebimbangan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pelaporan kita, layari speakup.abbott.com.

Mengajukan Soalan

Jika anda mempunyai soalan mengenai tanggungjawab khusus anda, berbincanglah dengan pengurus anda, OEC, HR atau Jabatan Undang-undang.

Menyuarakan Kebimbangan

Kunjungi Talian Bantuan Etika dan Pematuhan kita yang tersedia 24/7 dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia untuk menyuarakan kebimbangan anda mengenai kemungkinan pelanggaran nilai dan standard pengendalian syarikat kita.

Anda juga boleh menghantar e-mel kepada investigations@abbott.com untuk melaporkan kemungkinan pelanggaran.

Anda mungkin akan berhadapan dengan situasi apabila cara tindakan yang betul sukar untuk ditentukan. Bantuan membuat keputusan kita akan membantu anda mengajukan soalan yang betul untuk menentukan cara tindakan yang menyokong nilai-nilai Abbott.

Klik Bantuan di atas untuk bermula.

A
I
D
MENILAI

MENILAI

cara tindakan

KESAN

Menilai kemungkinan

KESAN

BUAT KEPUTUSAN

BUAT KEPUTUSAN

Adakah ia sah di sisi undang-undang?

TIDAK

?

YA

Tindakan anda mungkin mendatangkan akibat yang serius kepada diri anda dan syarikat. Jangan teruskan.

Dapatkan nasihat Jabatan Undang-undang.

Adakah ia mematuhi dasar Abbott?

TIDAK

?

YA

Tindakan anda mungkin mendatangkan akibat yang serius kepada diri anda dan syarikat. Jangan teruskan.

Rujuk dasar dan prosedur OEC, tanya pengurus anda atau hubungi OEC.

Adakah ia sejajar dengan budaya dan nilai-nilai Abbott?

TIDAK

?

YA

Tindakan anda mungkin mendatangkan akibat yang serius kepada diri anda dan syarikat. Jangan teruskan.

Semak Budaya dan Nilai-nilai Abbott (disediakan dalam intranet Abbott).

Bagaimanakah hal ini akan memberikan kesan kepada pesakit dan pengguna Abbott?

SETERUSNYA

Ambil sedikit masa untuk mempertimbangkan sama ada kepentingan mereka diimbangi dengan kepentingan syarikat. Selepas anda selesai, klik seterusnya.

Bolehkah ini menjejaskan reputasi Abbott?

SETERUSNYA

Adakah anda akan bimbang jika hal ini muncul dalam berita atau tajuk akhbar?

Bolehkah hal ini memberikan kesan kepada mana-mana pihak berkepentingan Abbott yang lain?

SETERUSNYA

Jika anda berasa yakin bahawa keputusan anda mengimbangi kepentingan semua pihak berkepentingan, sila teruskan.

Jika anda masih tidak pasti mengenai cara tindakan yang betul, pertimbangkan alternatif, berbincanglah dengan pengurus anda, Pejabat Etika dan Pematuhan, Sumber Manusia dan/atau Jabatan Undang-undang.

Pengenalan

Abbott

Kod Pengendalian Perniagaan

Cara menggunakan e-Buku ini

Cara untuk...

Beralih dari skrin ke skrin

Klik sahaja anak panah ke hadapan dan ke belakang (atau leret sahaja ke kiri atau kanan jika anda menggunakan tablet).

Melompat ke hadapan atau belakang dengan pantas

Tarik gelangsar pada bahagian bawah skrin.

Menggunakan ciri-ciri interaktif

Lihat isi kandungan

Cari perkataan dan istilah penting

Lihat Bantuan Membuat Keputusan

Ajukan soalan atau laporkan kebimbangan

Dapatkan jawapan untuk soalan lazim

Ketahui lebih lanjut mengenai sesuatu topik

Perutusan CEO

1 / 63

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Tujuan kita sebagai sebuah syarikat adalah mudah dan penting: kita ada di sini untuk menjadikan perkara lebih baik, mudah dan ringkas.

Kita mencipta teknologi kesihatan yang mengubah kehidupan untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan lebih lengkap. Melakukan kerja ini ialah satu keistimewaan – dan kita perlu melakukannya dengan cara yang menjunjung kemuliaan tujuan kita dengan amalan perniagaan tertinggi dan paling beretika.

Untuk membantu kita berbuat demikian, Abbott mengekalkan Kod Pengendalian Perniagaan yang kukuh. Kod kita menerapkan nilai kita dan prinsip kita, jadi setiap warga Abbott di seluruh dunia memahami jangkaan dan keperluan yang membimbing tindakan yang kita ambil bagi pihak Abbott.

Perutusan CEO

2 / 63

Mesej asas Kod adalah jelas: ia terserah kepada kita, sebagai warga Abbott untuk megekalkan diri kita kepada standard tertinggi, memenuhi cita-cita terbaik kita dan mengendalikan perniagaan dengan penuh integriti pada setiap masa. Kewujudan Kod kita adalah untuk membantu kita berbuat demikian dan melindungi aset kita yang paling berharga sebagai sebuah organisasi – reputasi kita.

Terima kasih kerana memberikan perhatian yang rapi terhadap Kod Pengendalian Perniagaan kita dan menggunakannya untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik dalam kerja penting anda serta segala perkara yang anda lakukan untuk menjadikan Abbott sebuah syarikat yang hebat dan baik.

Selamat sejahtera,

Robert B. Ford

Ketua Pegawai Eksekutif

Pelaksanaan Kod Kita


Janji syarikat kita terkandung dalam janji yang didukung oleh pekerjaan kita untuk memelihara kesihatan dan kehidupan, dan kita memenuhi janji itu melalui tindakan yang kita ambil setiap hari

Kejujuran, Keadilan dan Integriti

4 / 63

Kejujuran, Keadilan dan Integriti

Setiap orang yang bekerja untuk Abbott – pada semua peringkat organisasi – bertanggungjawab untuk mendukung nilai-nilai Abbott (Merintis, Mencapai, Keprihatinan dan Kesabaran) serta beroperasi dengan penuh kejujuran, keadilan dan integriti. Kejayaan jangka panjang Abbott bergantung pada pilihan yang kita buat setiap hari. Kita semua bertanggungjawab untuk memahami cara Kod ini diguna pakai dalam kerja kita dan proses membuat keputusan, beroperasi sepanjang masa selaras dengan Kod ini, dan menggalakkan semua pihak yang menjalankan operasi bagi pihak Abbott untuk mematuhi Kod ini. Mesej asas Kod ini adalah jelas dan mudah: Sebagai kakitangan Abbott, setiap seorang daripada kita bertanggungjawab untuk membina syarikat dan jenama Abbott dengan memastikan kita mendukung standard etika tertinggi serta menjalankan operasi dengan penuh kejujuran, keadilan dan integriti.

Membuat Keputusan

5 / 63

Membuat Keputusan

Abbott ialah sebuah syarikat global. Kita menjalankan perniagaan di lebih 150 negara di seluruh dunia dan kakitangan kita merupakan rakyat pelbagai negara dengan aneka budaya dan kepercayaan. Kita mesti mengakui kesan global daripada tindakan dan keputusan yang kita lakukan serta menyedari bahawa Abbott tertakluk pada pelbagai undang-undang, pengawalaturan dan keperluan lain yang berbeza mengikut negara tempat kita beroperasi.

Membuat Keputusan

6 / 63

Ada kalanya, setiap seorang daripada kita akan berhadapan dengan keadaan yang sukar untuk menentukan cara tindakan yang betul dalam situasi baharu. Kita semua diharapkan untuk memahami prinsip Abbott yang dirangkum dalam Kod ini, di samping dasar dan prosedur Abbott yang diguna pakai dalam kerja kita. Banyak sumber tambahan sebagai nasihat dan panduan disediakan di Abbott, termasuk:

  • Rakan sekerja
  • Pengurus dan penyelia
  • Pejabat Etika dan Pematuhan
  • Sumber Manusia
  • Bahagian Undang-undang

Semua sumber ini boleh membantu sebagai panduan dalam membuat keputusan. Bantuan membuat keputusan kita juga disediakan untuk membantu pengendalian masalah apabila jalan penyelesaian terbaik tidak kelihatan dengan jelas. Alat ini menyediakan pendekatan untuk memikirkan semua alternatif kepada, dan kesan daripada, keputusan yang mungkin kita hadapi dalam kerja kita.

Di samping itu, bantuan sentiasa tersedia untuk memastikan pemahaman keperluan Kod ini. Bantuan umum dan maklumat hubungan kakitangan Pejabat Etika dan Pematuhan wilayah atau setempat anda boleh didapati di laman web OEC.

Pelanggan Kita


Kita menambah baik kesihatan pesakit, pengguna dan komuniti

Pesakit dan Pengguna

8 / 63

Kita mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan para pesakit dan pengguna.

Kita bersemangat untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat. Setiap hari, kita berpeluang menambah baik kehidupan orang ramai dan mewujudkan masyarakat yang lebih sihat melalui kerja kita. Keprihatinan terhadap orang ramai merupakan asas kepada tindakan kita, dan ia merupakan keistimewaan serta tanggungjawab yang sangat besar.

Pertimbangan Ahli Profesional Penjagaan Kesihatan

9 / 63

Kita menghormati kepakaran ahli profesional penjagaan kesihatan yang memberikan panduan mengenai pilihan rawatan penjagaan kesihatan dan kehidupan yang sihat.

Ahli profesional penjagaan kesihatan, seperti doktor, ahli farmasi, jururawat, penyelidik atau kakitangan makmal, mesti menggunakan pertimbangan bebas mereka dalam memutuskan cara penjagaan terbaik untuk pesakit mereka berdasarkan latihan dan kepakaran mereka. Kita komited untuk bekerjasama dengan ahli profesional penjagaan kesihatan dengan memberikan maklumat yang tepat dan segera untuk membantu mereka dalam membuat keputusan serta memberikan nasihat kepada pesakit mereka. Kita boleh mencapai misi kita untuk menyokong kesihatan hanya melalui pendekatan kerjasama yang sebenar.

Produk Kita


Kita meraih reputasi positif Abbott dengan menyampaikan keluaran produk yang berkualiti tinggi secara konsisten

Kualiti Produk

11 / 63

Kita menghasilkan dan menyampaikan keluaran produk yang selamat serta berkesan dan dipercayai oleh orang ramai.

Kita berusaha untuk mengekalkan tahap kualiti tertinggi dalam seluruh perniagaan kita. Usaha ini bermula dengan pencarian sumber bahan dan pembuatan produk kita, kemudian melalui cara kita memasarkan, menjual dan membekalkan produk kita, termasuk melalui rakan niaga kita – penyampaian kualiti yang tinggi adalah sangat penting pada setiap peringkat usaha ini.

Kualiti Produk

12 / 63

Komitmen kita terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai yang menggunakan produk kita hendaklah sentiasa diutamakan dalam semua perkara yang kita lakukan.

Kita komited untuk mengenal pasti, menilai dan menangani isu keselamatan produk tepat pada masanya. Kita menyediakan maklumat yang diperlukan oleh institusi dan ahli profesional penjagaan kesihatan untuk menggunakan produk Abbott secara selamat dan berkesan, malah kita juga berkomunikasi dengan agensi pengawalaturan dan agensi kesihatan awam sekiranya ada kemungkinan kebimbangan keselamatan.

Kita bertindak untuk mencegah pemalsuan, pelencongan haram dan pencurian produk kita. Kita mematuhi semua peraturan perdagangan yang berkenaan, seperti kawalan import dan eksport yang dikeluarkan oleh kerajaan atas sebab dasar negara asing dan keselamatan negara. Peraturan perdagangan merangkumi sekatan, pembatasan eksport beberapa produk, dan larangan menjalankan perniagaan dengan beberapa individu, kumpulan atau entiti.

Promosi Produk

13 / 63

Kita mempromosikan dan menjual produk kita dengan penuh kejujuran dan integriti.

Pernyataan kita mengenai produk kita, dalam semua bahan dan komunikasi, akan dibuat secara seimbang dan jujur serta selaras dengan label yang diluluskan. Dalam mempromosikan produk kita, kita memberikan maklumat yang selaras dengan bukti saintifik, amalan perubatan utama, dan keperluan pelabelan produk yang diluluskan di semua negara tempat kita beroperasi.

Promosi Produk

14 / 63

Kita mempromosikan produk kita berdasarkan tujuan yang dimaksudkan dan diluluskan.

Semua aktiviti Abbott mematuhi kelulusan dan lesen pengawalaturan yang kita peroleh daripada agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan atau pihak berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan, untuk mempromosikan, menjual serta mengimport produk farmaseutikal, peralatan perubatan dan produk lain. Kita mematuhi undang-undang dan pengawalaturan setiap negara yang menentukan cara, tempat serta tempoh kita dibenarkan untuk mempromosikan produk kita, seperti Akta Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik Persekutuan Amerika Syarikat. Kita menyelenggara dan mematuhi dasar serta prosedur dalaman yang direka bentuk untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan tersebut serta menurut program penjagaan kesihatan kerajaan.

Memajukan Sains


Kita memajukan sains, teknologi dan inovasi produk dalam usaha ke arah masa hadapan yang lebih sihat

Inovasi

16 / 63

Kita membuat pembaharuan serta memajukan penyelesaian penjagaan kesihatan dan inovasi produk untuk menambah baik kesan terhadap kesihatan di seluruh dunia.

Kita memenuhi keperluan manusia dengan merintis produk dan rawatan yang inovatif, peralatan perubatan keselamatan dan pendekatan baharu kepada pengurusan kesihatan. Kita memajukan sains, teknologi dan inovasi produk terkini untuk menggalakkan penambahbaikan kesihatan. Kesihatan yang baik adalah penting untuk pelanggan kita memenuhi potensi sebenar mereka. Kita menyokong usaha para pesakit dan pengguna untuk mencapai kesihatan sepanjang hidup mereka, dengan menyediakan produk inovatif yang direka bentuk untuk membantu orang ramai menjalanikehidupan yang sihat dan sebaik mungkin. Kita memfokuskan inovasi produk yang mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Inovasi

17 / 63

Kita menggalakkan budaya inovasi, meneroka kemungkinan baharu dan merancang untuk hal luar jangka.

Usaha berterusan kita ke arah inovasi dan kemungkinan baharu hadir bersama risiko. Walaupun kita mengambil risiko secara berhati-hati yang selaras dengan Kod ini dan dasar kita, kita perlu sentiasa berusaha mengurangkan risiko lebih awal, mempertimbangkan akibat yang mungkin berlaku, dan merancang dengan sewajarnya.

Memajukan Sains

18 / 63

Kita menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan dan menyediakan data yang tepat serta objektif yang akan memajukan sains.

Kita menjalankan penyelidikan untuk memajukan sains yang menjadi asas produk kita: untuk membangunkan produk baharu, menambah baik rawatan sedia ada dan memajukan amalan penjagaan kesihatan.

Memajukan Sains

19 / 63

Apabila kita menjalankan penyelidikan, kita komited untuk merawat peserta kajian dengan maruah dan rasa hormat, serta melindungi mereka daripada risiko yang tidak sepatutnya. Kita memastikan pesakit yang menyertai penyelidikan memahami lumrah dan tujuan penyelidikan serta semua risiko yang berkaitan. Usaha mendapatkan keizinan termaklum daripada peserta kajian merupakan bahagian yang penting dalam proses penyelidikan kita.

Kita menghargai ketelusan dalam penyelidikan saintifik, dan tidak akan cuba mempengaruhi hasil daripada penyelidikan atau laporan yang dibuat oleh penyelidik klinikal atau penyelidik lain secara tidak wajar. Kita menyedari kepentingan memastikan data kajian dan analisis yang berkaitan adalah tepat. Kita komited untuk menyediakan hasil penyelidikan yang berkaitan dengan semua produk kita, sama ada hasil itu positif atau negatif, dengan segera dan tepat.

Apabila penyelidikan dilakukan atau diterbitkan bagi pihak Abbott, kita memilih rakan kongsi yang mempunyai latar belakang saintifik dan perubatan yang kukuh. Kita mempunyai standard yang tinggi untuk rakan kongsi ini, seperti menjangkakan agar penyelidik mendedahkan hubungan mereka dengan Abbott secara sewajarnya. Apabila kita bekerjasama dengan saintis dan klinisian lain dari segi kerja penyelidikan dan pembangunan, kita komited untuk membuat pendedahan mengenai hubungan kewangan serta hubungan lain dengan tepat dan lengkap.

Warga Kerja Kita


Kita menghargai kepelbagaian perspektif kita sebagai sumber kekuatan

Kerjasama

21 / 63

Kita memupuk budaya keterbukaan, dengan menyedari bahawa kepelbagaian pemikiran dan kerjasama akan memacu inovasi.

Kita mengalu-alukan kepelbagaian kerana kita percaya bahawa ia menjana kreativiti, inovasi dan tenaga. Kita memahami bahawa untuk mencetuskan perubahan yang bermakna dan menangani pelbagai keperluan kesihatan yang sering berubah, usaha berterusan serta pendekatan kerjasama diperlukan, di samping mendengar pendapat rakan sekerja kita dan memastikan semua suara didengari.

Hubungan Kita antara Satu Sama Lain

22 / 63

Hubungan Kita antara Satu Sama Lain

Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk mengamalkan nilai-nilai kita setiap hari. Dengan memperlihatkan dan menyokong tingkah laku beretika, kita memberikan kesan yang positif terhadap budaya Abbott. Kita semua bertanggungjawab untuk memahami cara Kod ini diguna pakai dalam aktiviti kerja kita dan peranan yang kita mainkan dalam syarikat.

Sebagai pemimpin dalam organisasi ini, para pengurus dan penyelia mesti menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap nilai kita serta memperlihatkan kepimpinan melalui teladan. Mereka mesti sentiasa menggalakkan dan menyokong tingkah laku beretika oleh kakitangan. Pengurus mesti membantu untuk memastikan kakitangan memahami tanggungjawab merekadengan mematuhi Kod ini dan mesti memupuk persekitaran kerja yang membolehkan kakitangan berasa selesa untuk mengajukan soalan serta menyuarakan kebimbangan tanpa rasa takut akan tindakan balas.

Melaporkan Kebimbangan

23 / 63

Kita mengajukan soalan apabila pilihan atau tindakan yang berkaitan dengan kerja kita adalah tidak jelas atau kelihatan salah, dan kita menyuarakan pendapat serta melaporkan sebarang pelanggaran Kod ini.

Setiap seorang daripada kita mempunyai pilihan untuk mengajukan soalan apabila kita rasa hala tuju tidak jelas, serta mencabar dan melaporkan sebarang pengendalian perniagaan yang disyaki tidak beretika, pelanggaran Kod ini, atau pelanggaran dasar atau prosedur kita.

Mengajukan soalan, melaporkan kebimbangan dan giat mendapatkan penjelasan mengenai pilihan atau tindakan kita dapat membantu kita mengenal pasti serta mengelakkan masalah dengan lebih berkesan. Apabila ada keraguan mengenai pilihan atau tindakan yang betul atau kemungkinan pelanggaran, sila kemukakan pertanyaan kepada pengurus atau Pejabat Etika dan Pematuhan.

Melaporkan Kebimbangan

24 / 63

Pengurus dan penyelia memiliki tanggungjawab asas untuk memimpin melalui teladan serta memastikan pekerja memahami dan bertanggungjawab terhadap Kod. Mereka yang memegang peranan kepimpinan memikul tanggungjawab yang lebih tinggi untuk memahami dan menyampaikan jangkaan Abbott, serta perlu menghubungi Pejabat Etika dan Pematuhan mengenai sebarang kemungkinan pelanggaran Kod.

Semua laporan kemungkinan pelanggaran Kod akan diambil serius dan ditangani dengan sewajarnya melalui langkah susulan seperti penyiasatan, pemulihan serta jika perlu, tindakan pembetulan untuk menangani isu, belajar daripada kesilapan dan mengelakkan pengulangan. Pejabat Etika dan Pematuhan akan menguruskan sebarang penyiasatan tentang dakwaan pelanggaran Kod. Anda tidak dibenarkan menjalankan sebarang penyiasatan secara bebas. Setiap seorang daripada kita perlu bekerjasama dan mengekalkan kerahsiaan dalam sebarang penyiasatan seperti itu.

Tindakan pembetulan yang berkaitan dengan pelanggaran Kod mungkin merangkumi tindakan disiplin (sehingga dan termasuk penamatan kerja), atau tindakan undang-undang kerana:

  • Memberikan kebenaran untuk, atau penyertaan dalam, pelanggaran;
  • Keengganan untuk bekerjasama dalam penyiasatan tentang dakwaan pelanggaran;

Melaporkan Kebimbangan

25 / 63

  • Kegagalan penyelia kepada pesalah laku untuk mengesan dan melaporkan pelanggaran, jika kegagalan sedemikian mencerminkan kekurangan penyeliaan atau pemantauan;
  • Melaporkan kebimbangan yang diketahui palsu, atau dirancang untuk mengancam, menggertak atau bertindak balas pada sesiapa yang ada kaitan dengan perniagaan Abbott;
  • Tindakan balas, seperti gertakan, ancaman, gangguan atau fitnah kepada sesiapa yang melaporkan pelanggaran atau kemungkinan pelanggaran dengan niat baik.

Tidak wajar sama sekali untuk bertindak balas kepada sesiapa yang menyuarakan kebimbangan mengenai persoalan sama ada aktiviti perniagaan adalah selaras dengan Kod atau tidak. Dakwaan tindakan balas hendaklah segera dilaporkan kepada Pejabat Etika dan Pematuhan atau Sumber Manusia.

Komitmen kita kepada kerja akan mendorong kita bukan sahaja untuk mematuhi perkara yang termaktub dalam undang-undang yang diguna pakai terhadap kerja kita, tetapi juga untuk sentiasa menyedari jangkaan etika yang wujud apabila menjadi peneraju dalam perniagaan seperti perniagaan kita.

Peluang Sama Rata

26 / 63

Kita menyediakan peluang sama rata kepada semua pekerja.

Kita membuat keputusan pengambilan pekerja berdasarkan keperluan perniagaan, kemahiran, pengalaman dan prestasi kerja secara relatif. Abbott melarang diskriminasi berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, fahaman, umur, jantina, asal bangsa, identiti atau ekspresi jantina, orientasi seksual, ketidakupayaan, status perkahwinan, status ketenteraan atau bekas tentera, status kewarganegaraan atau genetik, atau sebarang status lain yang dilindungi undang-undang. Kita komited untuk mematuhi undang-undang yang memberikan kesan kepada hubungan kita dengan pekerja kita di seluruh dunia.

Layanan Adil

27 / 63

Kita berazam untuk memastikan semua orang yang bekerja di Abbott berasa dialu-alukan, disokong dan mendapat inspirasi untuk berjaya.

Abbott prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan serta kesejahteraan kakitangannya di seluruh dunia. Semua orang yang bekerja di Abbott berhak mempunyai persekitaran profesional yang bebas daripada gertakan dan gangguan. Abbott menggalakkan input daripada kakitangannya mengenai cara mempertingkatkan kepelbagaian dan suasana inklusif di tempat kerja serta mempromosikan tempat kerja yang bebas daripada kelakuan kakitangan yang menimbulkan gangguan.

Layanan Adil

28 / 63

Kita melayan semua orang dengan hormat dan maruah.

Rasa hormat kita terhadap orang ramai dipamerkan melalui tindakan kita serta tingkah laku kita terhadap semua orang yang kita temui dalam kerja kita. Untuk memenuhi komitmen kita terhadap satu sama lain, serta untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan individu berbakat dari seluruh dunia, amat penting untuk kita memiliki persekitaran kerja yang dibina atas rasa saling mempercayai, menghormati dan semua prinsip yang dirangkum dalam Kod ini. Kita mesti melayan orang lain dengan sama rata dan tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain melalui manipulasi, gambaran yang salah atau penyembunyian maklumat.

Persekitaran Kerja

29 / 63

Kita memberikan perhatian untuk memastikan keselamatan serta keadaan yang sesuai di tempat kerja untuk kakitangan dan orang lain yang bekerja dengan kita.

Kemalangan dan keadaan yang tidak selamat mesti dilaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. Kita juga perlu mengambil langkah pencegahan buruh haram dan melarang keadaan kerja yang tidak wajar, serta layanan yang kejam atau tidak berperikemanusiaan, yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kita di seluruh dunia.

Komuniti Kita


Kita membina kepercayaan terhadap Abbott sebagai warga setiap komuniti setempat dan warga global

Penglibatan Komuniti

31 / 63

Kita berusaha untuk memupuk kesejahteraan komuniti melalui produk dan kerja kita.

Kita mempunyai sejarah yang gemilang dalam menyokong komuniti tempat kita menetap dan bekerja. Kita percaya bahawa komuniti akan berkembang maju dengan adanya kesihatan yang baik. Menerusi operasi, hubungan perniagaan dan sokongan kita kepada kumpulan komuniti dan usaha-usaha kebajikan, kita menyumbang semula kepada komuniti dan kejiranan kita. Dalam komuniti sama ada besar atau kecil, di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan, Abbott berusaha untuk menyuntik perubahan positif yang bermakna dan berkekalan dalam kehidupan orang ramai.

Tanggungjawab pada Alam Sekitar

32 / 63

Kita melibatkan diri dalam pembangunan mampan dan berusaha untuk meminimumkan kesan perniagaan kita kepada alam sekitar.

Kita komited untuk meminimumkan kesan operasi global kita terhadap alam sekitar, daripada pencarian sumber bahan mentah secara bertanggungjawab sehinggalah pengeluaran, pengedaran dan penggunaan produk kita.

Kita mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber asli yang lain. Kita menyokong projek yang menjana tenaga daripada sumber boleh diperbaharui di tempat kerja dan komuniti kita. Kita mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kesan operasi kita kepada alam sekitar, seperti pengurangan bahan buangan dan kitar semula serta aktiviti lain untuk mengurangkan risiko terhadap alam sekitar. Kita mematuhi undang-undang dan pengawalaturan alam sekitar yang diguna pakai dalam operasi kita.

Sumbangan Politik

33 / 63

Kita menggalakkan penglibatan yang bersesuaian dalam proses politik dan menyokong penglibatan komuniti.

Abbott berusaha untuk menyokong dasar awam yang selaras dengan misi dan nilai kita serta, jika bersesuaian, mungkin memberikan sokongan kepada calon atau kumpulan fokus politik. Undang-undang yang berkaitan dengan sumbangan politik oleh syarikat adalah rumit, maka penting untuk semua sumbangan dana Abbott dan sebarang sumbangan lain yang dibuat bagi pihak Abbott dilakukan hanya selepas perundingan dengan Bahagian Undang-undang.

Cara Kita Beroperasi


Kita bekerja bersama-sama dengan penuh akauntabiliti dan menurut nilai-nilai Abbott

Berurusan Secara Adil

35 / 63

Kita mengendalikan perniagaan secara beretika dan jujur, serta berusaha melakukan perkara yang kita janjikan, dalam semua aspek kerja kita.

Setiap seorang daripada kita bertanggungjawab terhadap kerja kita dan keputusan yang kita buat dalam lingkungan peranan dan tanggungjawab kita.

Kita mesti berlaku adil serta berterus terang mengenai cara Abbott mengendalikan perniagaan dalam semua interaksi profesional kita dan dengan semua pihak yang kita temui semasa bekerja, iaitu rakan sekerja, pelanggan, pembekal, ahli profesional penjagaan kesihatan, pesaing dan pihak lain. Prinsip berurusan secara adil ini amatlah penting.

Mengelakkan Konflik Kepentingan

36 / 63

Kita menangani dan menyelesaikan sebarang konflik kepentingan sebelum meneruskan sesuatu urusan.

Konflik kepentingan wujud apabila kepentingan peribadi pekerja Abbott mengganggu, atau kelihatan mengganggu, kepentingan Abbott. Keputusan perniagaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan Abbott, bukannya keuntungan peribadi yang mungkin diraih atau kepentingan keluarga atau rakan. Setiap seorang daripada kita dijangka menggunakan pertimbangan yang wajar dan mengelakkan situasi yang boleh menyebabkan konflik sebenar atau keadaan yang kelihatan seperti konflik.

Jika tindakan, kepentingan atau hubungan saling bersaing menyukarkan anda melakukan kerja secara objektif dan berkesan, atau jika anda atau ahli keluarga mungkin menerima manfaat peribadi yang tidak wajar disebabkan oleh kedudukan atau hubungan dengan Abbott, anda mesti mendedahkan kemungkinan konflik kepentingan ini menurut garis panduan konflik kepentingan Abbott. Anda juga mesti mengundurkan diri daripada situasi konflik yang boleh menjejaskan pertimbangan perniagaan anda.

Mengelakkan Konflik Kepentingan

37 / 63

Kita meletakkan kepentingan Abbott melebihi kepentingan peribadi apabila membuat keputusan yang berkaitan dengan kerja kita.

Kepentingan organisasi yang lebih besar perlu diutamakan melebihi kepentingan bahagian perniagaan, kumpulan kerja atau individu dalam konteks kerja kita.

Kedudukan kita di Abbott dan peluang yang muncul melalui aktiviti kerja, seperti urus janji perniagaan luar atau kepentingan kewangan, hendaklah digunakan hanya untuk manfaat Abbott dan bukannya untuk keuntungan peribadi. Kita tidak dibenarkan bersaing dengan Abbott atau membantu individu atau perniagaan lain bersaing dengan Abbott. Keutamaan kita mestilah untuk memajukan kepentingan syarikat apabila timbul peluang sedemikian.

Perlindungan Aset & Reputasi Abbott

38 / 63

Kita ialah penjaga syarikat dalam urusan kerja kita.

Kita bertanggungjawab melindungi dan menggunakan aset Abbott, daripada harta fizikal seperti kenderaan dan peralatan komputer sehinggalah kepada harta intelek, rahsia perdagangan serta pengetahuan, dengan berhati-hati dan memastikan penggunaannya secara berkesan dan betul. Kita semua mesti menggunakan pertimbangan yang wajar untuk memastikan semua aset Abbott tidak hilang, dicuri, disalahgunakan atau dibazirkan.

Perlindungan Aset & Reputasi Abbott

39 / 63

Reputasi Abbott merupakan salah satu aset terbesarnya. Setiap seorang daripada kita bertanggungjawab untuk mempertingkatkan dan melindungi reputasi Abbott. Setiap seorang daripada kita bertanggungjawab secara peribadi atas sebarang pandangan atau kandungan yang disiarkan atau dikongsikan dengan orang ramai di luar syarikat.

Dalam interaksi luaran, kita perlu mengambil berat tentang sama ada kita boleh dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan Abbott, dan mempertimbangkan bagaimana sebarang kenyataan berkaitan dengan kerja kita mungkin menggambarkan keadaan syarikat. Ini amat penting terutamanya dalam konteks media sosial yang interaksinya cepat dan dinamik serta boleh menjadi sangat ketara. Komunikasi tidak berhemah boleh menimbulkan risiko yang ketara kepada reputasi Abbott. Kita semua bertanggungjawab untuk mengamalkan strategi komunikasi berhemah dalam komunikasi kita dan melindungi maklumat sulit Abbott.

Maklumat Sulit

40 / 63

Kita menghormati dan melindungi maklumat sulit, termasuk maklumat peribadi.

Salah satu aset Abbott yang paling berharga ialah maklumat sulitnya. Maklumat sulit ialah maklumat yang tidak boleh didapati secara terbuka serta merangkumi projek penyelidikan dan pembangunan, rahsia perdagangan, rancangan perniagaan, formula dan proses pembuatan, terma kontrak pelanggan atau pembekal, penentuan harga, angka jualan, bidaan, sebut harga, cadangan penentuan harga, jawapan tender dan penyata kewangan bukan awam, atau sebarang maklumat lain yang boleh digunakan oleh pesaing Abbott atau berbahaya kepada Abbott jika didedahkan.

Setiap seorang daripada kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga melindungi maklumat sulit dan mencegah penggunaan dan pendedahan yang tidak dibenarkan. Maklumat sulit tidak boleh dikongsikan dengan pesaing. Semua kewajipan ini mungkin perlu dipikul secara berterusan hingga melepasi tempoh pekerjaan dengan Abbott.

Di samping itu, kita menghormati hak harta intelek orang lain dan tidak akan memperoleh atau menyalahgunakan maklumat sulit mereka secara tidak wajar.

Maklumat Sulit

41 / 63

Penyalahgunaan maklumat sulit tertentu adalah dilarang oleh undang-undang, seperti undang-undang yang melarang perdagangan orang dalam berdasarkan maklumat bukan awam. Perdagangan orang dalam ialah tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang, dan kita tidak boleh membeli atau menjual sekuriti Abbott, atau sekuriti syarikat lain yang berurusan atau dijangka berurusan dengan Abbott, berdasarkan maklumat sedemikian.

Kita menghormati privasi mereka yang mempercayai kita dengan maklumat peribadi mereka, termasuk rakan sekerja kita dan orang ramai yang mengesyorkan, mempreskripsikan serta menggunakan produk kita. Apabila kita mengumpulkan maklumat peribadi sepanjang proses perniagaan kita, kita memaklumkan dengan sewajarnya kepada orang ramai yang terlibat mengenai cara maklumat mereka akan digunakan dan perlu mendapatkan keizinan atau kebenaran yang berkenaan. Kita tidak menjual maklumat peribadi atau memperoleh maklumat peribadi daripada sumber yang tidak mempunyai kebenaran.

Kita melindungi maklumat peribadi dan sensitif daripada penggunaan dan pendedahan yang tidak dibenarkan. Banyak lokasi memiliki peraturan ketat yang menghendaki syarikat melindungi maklumat peribadi yang dikumpulkan dan digunakan sepanjang proses perniagaan, terutamanya untuk kategori maklumat peribadi yang paling sensitif, serta kita komited untuk memahami dan mematuhi semua keperluan ini.

Antisogokan

42 / 63

Kita giat menentang penipuan, sogokan dan rasuah. Kita memperoleh perjanjian perniagaan dengan cara yang betul.

Sebagai pesakit, ahli keluarga dan penjaga, kita mahu doktor, jururawat dan ahli farmasi kita mengesyorkan produk serta rawatan yang paling sesuai dengan keperluan kita, menggunakan pertimbangan profesional mereka. Pesakit dan pengguna hendaklah boleh bergantung pada pertimbangan bebas penasihat kesihatan mereka, tanpa bimbang bahawa pertimbangan itu dipengaruhi secara tidak wajar oleh insentif daripada syarikat yang mencari jalan untuk mempromosikan produk mereka.

Sebagai rakyat, kita mahu pegawai kerajaan kita membuat keputusan yang paling sesuai demi kepentingan orang ramai. Keputusan sebegitu oleh kerajaan tidak sepatutnya dipengaruhi secara tidak wajar oleh syarikat yang mencari kelebihan atas kepentingan korporat mereka melalui insentif kepada pegawai kerajaan.

Antisogokan

43 / 63

Ketika memasarkan dan menjual produk kita, kita mendidik dan memberi maklumat kepada ahli profesional penjagaan kesihatan, tetapi tidak mencampuri pertimbangan profesional bebas mereka. Kita tidak dibenarkan sama sekali untuk menawarkan atau memberikan sebarang benda yang menguntungkan pegawai kerajaan, ahli profesional penjagaan kesihatan (seperti doktor, ahli farmasi, jururawat, penyelidik atau kakitangan makmal) atau orang lain secara langsung atau tidak langsung, untuk menjual atau mendapatkan kelebihan perniagaan bagi Abbot. Di samping itu, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk memberikan sebarang benda berharga sebagai “ganjaran” atas sebarang hubungan terdahulu atau sedia ada dengan Abbott.

Undang-undang antisogokan, antirasuah, dan “antisuapan” khususnya menuntut kita membuktikan komitmen kita untuk mencegah pengaruh tidak wajar dalam urusan perniagaan dan semua interaksi kita. Akta Amalan Rasuah Asing A.S. dan undang-undang negara lain yang berkaitan mungkin diguna pakai dalam aktiviti Abbott di seluruh dunia dan sogokan adalah menyalahi undang-undang di seluruh dunia.

Semua orang di Abbott mesti menguruskan hubungan dengan penyedia perkhidmatan (seperti pengedar, perunding, penceramah atau promoter) secara proaktif untuk memastikan perkhidmatan yang dijalankan bagi pihak Abbott dilakukan menurut jangkaan kita serta mematuhi undang-undang dan pengawalaturan yang berkenaan. Kita mesti menggunakan usaha wajar apabila memilih penyedia perkhidmatan, membayar nilai pasaran saksama untuk perkhidmatan dan mendokumenkan pembayaran perkhidmatan, denda, fi dan lain-lain secara tepat.

Hadiah, Jamuan Makan & Hiburan

44 / 63

Hadiah, Jamuan Makan dan Hiburan

Memandangkan prinsip antisogokan mensyaratkan bahawa kita sama sekali tidak boleh menawarkan atau memberikan sebarang benda yang menguntungkan sesiapa secara langsung atau tidak langsung untuk memperoleh kelebihan perniagaan, kita menetapkan had berhubung dengan hadiah, jamuan makan dan hiburan. Dasar dan prosedur kita yang berkaitan dengan had serta pelaporan bagi peringatan jenama, hadiah, tanda penghargaan budaya, jamuan makan dan layanan baik diwujudkan untuk membantu memastikan kita tidak memberikan sebarang manfaat yang boleh mengganggu pertimbangan profesional.

Akaun dan Rekod yang Tepat

45 / 63

Kita mengukur pencapaian dengan tepat.

Akaun kewangan, dokumen dan rekod dalaman serta kenyataan awam kita mestilah mencerminkan isi dan fakta tindakan kita secara tepat. Apabila kita mengukur atau menjelaskan kejayaan, kegagalan dan operasi rutin kita, faktanya mesti dibentangkan dalam konteks yang mencukupi berserta sokongan yang sewajarnya untuk memahami lumrah sebenar aktiviti atau transaksi kita. Rekod kewangan kita mesti mematuhi standard, undang-undang dan pengawalaturan perakaunan yang berkenaan, di samping dasar, prosedur serta kawalan Abbott.

Apabila kita melaporkan maklumat seperti penentuan harga atau pembayaran dan item berharga yang diberikan kepada doktor serta pelanggan lain, maklumatnya mestilah tepat dan lengkap. Banyak kerajaan di seluruh dunia mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan dengan pelaporan harga dan pelaporan sesetengah pembayaran kepada ahli profesional penjagaan kesihatan. Semua undang-undang ini membantu melindungi pembayar cukai, yang pada dasarnya membayar untuk sesetengah atau semua pembelian dalam lingkungan sistem penjagaan kesihatan. Abbott komited untuk memastikan kita memberikan maklumat yang tepat untuk membolehkan kerajaan, penanggung insurans dan pihak berkepentingan yang lain membuat keputusan berdasarkan pengetahuan.

Pematuhan Undang-undang

46 / 63

Kita mematuhi semua undang-undang, pengawalaturan dan keperluan Abbott yang diguna pakai dalam kerja kita.

Setiap kakitangan Abbott dikehendaki mematuhi semua undang-undang serta dasar, prosedur, prinsip dan standard Abbott, termasuk Kod ini. Ini merupakan jangkaan asas dan syarat pekerjaan.

Pematuhan Undang-undang

47 / 63

Dasar dan prosedur Abbott merangkumi topik yang berkaitan dengan aspek penting dalam operasi kita, termasuk pematuhan penjagaan kesihatan, kualiti, kejuruteraan, kastam dan perdagangan, kewangan, keselamatan, pembelian, sumber manusia serta sistem maklumat, untuk membantu memastikan kita mematuhi pelbagai undang-undang dan pengawalaturan yang mengawal perniagaan kita. Dasar dan prosedur tersebut membolehkan kita mengesan, membetulkan serta mencegah aktiviti yang melanggar pematuhan.

Sebagai pekerja syarikat global, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa undang-undang di sesebuah negara mungkin diguna pakai dalam cara kita bekerja di negara lain. Kita mesti sedar tentang keperluan bagi setiap lokasi, serta mendapatkan panduan daripada Bahagian Undang-undang atau Pejabat Etika dan Pematuhan apabila kita berdepan dengan persoalan mengenai keperluan yang diguna pakai.

Persaingan Adil

48 / 63

Kita hendaklah memastikan agar sebarang interaksi kita dengan pesaing dilakukan secara sewajarnya.

Kita mesti bersaing secara agresif dalam pasaran untuk memenuhi keperluan pelanggan kita dan mempertingkatkan nilai pemegang saham dengan cara paling baik.

Persaingan Adil

49 / 63

Untuk mencapai tujuan itu, kita tidak akan melibatkan diri dalam perjanjian atau aktiviti yang mengehadkan persaingan secara tidak adil. Kita komited untuk mematuhi undang-undang persaingan di semua negara tempat kita menjalankan perniagaan. Semua undang-undang ini melarang perjanjian yang menghapuskan atau mengurangkan persaingan dan diguna pakai dalam banyak aspek perniagaan kita, termasuk hubungan dengan pesaing, harga dan terma jualan kepada pengedar dan pelanggan lain serta amalan perdagangan dan pemasaran. Undang-undang persaingan sangat rumit dan penalti untuk pelanggaran mungkin merangkumi denda yang berat, termasuk hukuman penjara. Penting untuk anda mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh dilihat sebagai antipersaingan, dan mendapatkan nasihat daripada bahagian Undang-undang atau Pejabat Etika dan Pematuhan jika ada soalan.

Kita mesti sentiasa berwaspada apabila berinteraksi dengan pesaing. Anda tidak sepatutnya membincangkan topik perniagaan yang sensitif seperti harga, terma jualan, rancangan pemasaran atau perniagaan, margin, kos, keupayaan pengeluaran, paras inventori atau diskaun dengan pesaing. Anda perlu menghubungi Bahagian Undang-undang atau Pejabat Etika dan Pematuhan untuk panduan khusus mengenai undang-undang yang berkaitan dengan interaksi anda dengan pesaing serta melaporkan sebarang perbualan yang tidak wajar dengan pesaing.

Kebolehgunaan

50 / 63

Kebolehgunaan

Kod ini diguna pakai terhadap semua pegawai dan kakitangan Abbott, di semua lokasi di mana divisyen serta sekutu Abbott beroperasi di seluruh dunia. Dokumen ini menggariskan tindakan yang diharapkan daripada kita semua, termasuk entiti luar yang bertindak bagi pihak Abbott, apabila menjalankan perniagaan untuk Abbott; dokumen ini bukanlah kontrak pekerjaan.

Pengecualian & Pindaan

51 / 63

Pengecualian dan Pindaan

Abbott akan melakukan pendedahan awam, setakat yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan dan pengawalaturan yang berkenaan, mengenai sebarang pengecualian atau pindaan kepada Kod ini.

Sebarang pengecualian Kod kepada seseorang yang dicakupi oleh Kod ini hanya boleh dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (atau wakilnya), melainkan pengecualian untuk Pegawai Eksekutif yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Abbott.

Sumber untuk Kakitangan Abbott

52 / 63

Sumber untuk Kakitangan Abbott

Pengurus atau Penyelia

Jika anda ada soalan tentang cara Kod Pengendalian Perniagaan kita diguna pakai dalam peranan kerja khusus anda, pihak yang paling sesuai untuk anda mula bertanya ialah pengurus atau penyelia terdekat anda.

Portal Dasar Korporat Abbott

Kunjungi Portal Dasar Korporat Abbott untuk mengetahui dasar dan prosedur korporat kita yang diguna pakai di seluruh syarikat.

Pejabat Etika dan Pematuhan (OEC)

OEC ialah sumber korporat yang disediakan untuk menjawab soalan atau kebimbangan anda mengenai nilai dan standard pengendalian syarikat kita.

  • Laman Web OEC– Rujuk laman web OEC untuk mendapatkan jawapan kepada pelbagai soalan mengenai etika dan pematuhan. Dasar dan prosedur OEC syarikat kita pada peringkat global serta yang khusus mengikut negara juga boleh diakses dari laman web tersebut.

Sumber untuk Kakitangan Abbott

53 / 63

  • Maklumat Hubungan OEC – Anda digalakkan untuk menghubungi OEC pada bila-bila masa untuk mengajukan sebarang soalan tentang etika dan pematuhan, atau membincangkan kebimbangan mengenai kemungkinan pelanggaran standard, undang-undang atau pengawalaturan bertulis kita.
    • OEC Korporat – Hubungi 1-224-667-5210 atau hantar e-mel kepada oec@abbott.com untuk mengajukan soalan berkaitan dengan etika dan pematuhan di Abbott.
    • OEC Bahagian atau NegaraWakil OEC bahagian atau negara anda boleh memberikan panduan tambahan mengenai dasar, prosedur dan garis panduan OEC yang khusus mengikut bahagian atau negara.
  • Talian Bantuan Etika dan Pematuhan – Kunjungi Talian Bantuan Etika dan Pematuhan tersedia 24/7 dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia untuk menyuarakan kebimbangan anda mengenai kemungkinan pelanggaran nilai serta standard pengendalian syarikat kita. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada investigations@abbott.com untuk melaporkan kemungkinan pelanggaran.
    • Abbott tidak bertolak ansur dengan tindakan balas terhadap sesiapa yang membuat laporan dengan niat baik mengenai kemungkinan berlakunya pelanggaran standard bertulis kita. Dalam sebarang laporan yang dibuat dengan niat baik, ketanpanamaan dibenarkan, tindakan balas dijamin tiada, dan kerahsiaan dipelihara.
  • iComply – Kunjungi iComply untuk mengakses sumber dan aplikasi berkaitan pematuhan yang disediakan untuk interaksi dengan Ahli Profesional Penjagaan Kesihatan dan Organisasi Penjagaan Kesihatan, serta pihak ketiga.

Sumber untuk Kakitangan Abbott

54 / 63

Bahagian Undang-undang

Jika anda ada soalan mengenai undang-undang, pengawalaturan dan amalan perniagaan yang boleh diterima, Bahagian Undang-undang boleh membantu anda.

Sumber Manusia

Bagi masalah yang berkaitan dengan kakitangan, seperti kebimbangan yang melibatkan pihak pengurusan dan/atau kakitangan lain, hubungi wakil Sumber Manusia di tempat anda.

Sumber Lain

Ada banyak sumber lain yang disediakan untuk anda:

  • Kewangan – Sekiranya anda ada soalan tentang perakaunan atau kewangan, hubungi jabatan Kewangan di tempat anda.
  • Audit Korporat – Sekiranya anda ada kebimbangan khusus tentang perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau hal berkaitan audit, laporkan dengan segera kepada Audit Korporat atau OEC.
  • Kualiti dan Peraturan Abbott – Sekiranya anda ada soalan mengenai kualiti serta keselamatan produk kita, hubungi jabatan Kualiti dan Pengawalaturan di tempat anda.
  • Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar Global – Hubungi wakil Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar Global jika anda ada soalan mengenai lokasi fizikal serta potensi bahaya.
  • Perkhidmatan Pembelian Global – Jika anda ada soalan tentang hubungan dengan pembekal, hubungi Perkhidmatan Pembelian Global.

Sumber untuk Kakitangan Abbott

55 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

56 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

57 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

58 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

59 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

60 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

61 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

62 / 63

Soalan Lazim (FAQ)

63 / 63

Abbott

Nilai-nilai Abbott

kemalangan

akauntabiliti

bertanggungjawab

prinsip perakaunan

perakaunan

ketepatan

tepat

mencapai

memajukan

nasihat

umur

AID

pindaan

antisogokan

tingkah laku antipersaingan

antirasuah

antisuapan

antikepercayaan

kelihatan

kebolehgunaan

kelulusan

meluluskan

mengajukan soalan

aset

bantuan

kebenaran

membida

Lembaga Pengarah

akaun

item berjenama

sarapan pagi

Akta Sogokan

sogokan

ihsan perniagaan

rancangan perniagaan

membeli

keprihatinan

telefon bimbit

CEO

barang terpakai

Pengerusi

mencabar

pemenuhan saluran

gerakan kebajikan

derma kebajikan

pemberian kebajikan

pilihan

Pilihan-pilihan

kewarganegaraan

penyelidik klinikal

kajian klinikal

percubaan klinikal

klinisian

Kod Pengendalian Perniagaan

Kod

kerjasama

barangan koleksi

koleksi

komitmen

komunikasi

komuniti

kumpulan komuniti

penglibatan komuniti

bersaing

persaingan

undang-undang persaingan

maklumat pesaing

pesaing

komputer

kebimbangan

maklumat sulit

kerahsiaan

konflik kepentingan

persetujuan

pengguna

maklumat untuk dihubungi

hal luar jangka

kontrak pekerjaan

terma kontrak

kontraktor

sumbangan

nilai teras

tindakan pembetulan

rasuah

kos

pemalsuan

ihsan

kreativiti

ihsan budaya

budaya

maklumat pelanggan

pelanggan

pelanggan

keadaan kerja yang berbahaya

privasi data

data

penipuan

Bantuan membuat keputusan

alat membuat keputusan

membuat keputusan

membuat keputusan

memperincikan

maruah

makan malam

tindakan disiplin

pendedahan

diskaun

diskriminasi

pelencongan

kepelbagaian

doktor

derma

usaha wajar

item pendidikan

elektronik

kakitangan

kesabaran

tenaga

hiburan

alam sekitar

peluang sama rata

sama rata

peralatan

tingkah laku beretika

jangkaan etika

standard etika

etika

bukti

pengecualian

menjangka

jangkaan

perbelanjaan

kepakaran

kawalan eksport

eksport

keseimbangan adil

berurusan secara adil

nilai pasaran saksama

adil

keadilan

keluarga

FCPA

FDA

akaun

penyata kewangan

FMV

memfokuskan

Akta Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik

Akta Amalan Rasuah Asing

penipuan

rakan

jantina

hadiah

laporan dengan niat baik

cenderamata

agensi kerajaan

program penjagaan kesihatan kerajaan

pegawai kerajaan

kerajaan

panduan

gangguan

layanan kasar

Hubungan Pesakit - HCP

kepakaran HCP

HCP

profesional penjagaan kesihatan

program penjagaan kesihatan

kesan terhadap kesihatan

kesihatan

membantu

jujur

kejujuran

layanan baik

cara menggunakan e-Buku

HR

Sumber Manusia

kawalan import

import

pengaruh tidak wajar

menambah baik

insentif

termasuk

perangkuman

kontraktor bebas

pertimbangan bebas

keizinan termaklum

membuat pembaharuan

inovasi

inovatif

perdagangan orang dalam

penanggung insurans

integriti

harta intelek

ciri interaktif

kumpulan fokus

kepentingan, peribadi

rekod dalaman

ugutan

paras inventori

penyiasatan

penyiasat

IP

pertimbangan

suapan

pelabelan

buruh

kakitangan makmal

komputer riba

undang-undang

kepimpinan

kepimpinan melalui teladan

terkini

bahagian undang-undang

undang-undang

perutusan Pengerusi & CEO

keselamatan nyawa

kehilangan

makan tengah hari

pengurus

pembuatan

margin

jamuan makan

membuat keputusan perubatan

Miles D. White

penyalahgunaan

mengurangkan

pengurangan

wang

kuih bulan

sumber asli

mengemudi

maklumat bukan awam

pad nota

jururawat

OEC untuk dihubungi

OEC

promosi penggunaan ubat yang tidak diluluskan

penggunaan ubat yang tidak diluluskan

Pejabat Etika dan Pematuhan

pegawai

promosi penggunaan ubat yang diluluskan

penggunaan ubat yang diluluskan

keterbukaan

peluang

hasil

pemilikan

pesakit

bayaran

pen, pensil

orang

keuntungan peribadi

maklumat kesihatan peribadi

maklumat peribadi

kepentingan peribadi

ahli farmasi

PHI

doktor

merintis

dasar

calon politik

sumbangan politik

kemungkinan

prejudis

membentangkan

pelaporan harga

penentuan harga

privasi

kepentingan peribadi

prosedur

pelabelan produk

produk

pertimbangan profesional

mempromosikan

promosi

perlindungan

kesihatan awam

kenyataan awam

membeli

kualiti

soalan

R&D

bangsa

menyuarakan kebimbangan

mengesyorkan

rekod

mengitar semula

pengawalaturan

pihak berkuasa pengawalaturan

pengawalaturan

hubungan

pemulihan

item peringatan

tenaga boleh dibaharui

laporan

pelaporan

reputasi

permintaan cadangan

penyelidikan

penyelidik

sumber

hormat

tanggungjawab

bertanggungjawab

keputusan

tindakan balas

RFP

risiko

peraturan

selamat

keselamatan

jualan

terma jualan

sekatan

Sarbanes-Oxley

sains

penyelidikan saintifik

sekuriti

keselamatan

menjual

penjualan

perkongsian tanggungjawab

SOS

pencarian sumber

suarakan pandangan

menyuarakan pandangan

jelas dan mudah

kajian

hasil kajian

kajian

kejayaan

penyelia

maklumat pembekal

bekalan

pembangunan mampan

bakat

teknologi

tender

penamatan

penamat

terma jualan

pencurian

nada daripada pihak atasan

nada

alat

amalan perdagangan

peraturan perdagangan

rahsia perdagangan

perdagangan

ketelusan

percubaan

perhiasan kecil

jujur

tutorial

Akta Rasuah U.K.

Akta Amalan Rasuah Asing A.S.

Akta Rasuah UK

pendedahan yang tidak dibenarkan

tidak beretika

tidak adil

keadaan kerja yang tidak selamat

tidak selamat

Akta Amalan Rasuah Asing AS

nilai

pelanggaran

pengecualian

pengurangan sisa

sisa

selamat datang

kesejahteraan

mengapa

tempat kerja

hapus kira

Halaman

Halaman Depan

Halaman Tutorial

Anda mungkin tidak dapat melihat atau mengakses kesemua ciri e-Buku dengan pelayar yang anda gunakan sekarang.\n\nKlik 'OK' untuk melihat versi pdf Kod atau 'Batalkan' untuk terus ke e-Buku.

Kandungan
Sumber Penting yang Lain
Dalam bahagian ini
Lihat Bantuan Membuat Keputusan kita yang interaktif: abbottworld.abbott.com/EthicsCompliance/cobc/Pages/Decision-Making-Aid.aspx
Setiap seorang daripada kita bertanggungjawab untuk membina syarikat dan jenama Abbott dengan memastikan kita mendukung standard etika tertinggi.
Bantuan umum dan maklumat hubungan kakitangan Pejabat Etika dan Pematuhan wilayah atau setempat anda boleh didapati di laman web OEC: abbottworld.abbott.com/EthicsCompliance
Kita mesti mengakui kesan global daripada tindakan dan keputusan yang kita lakukan.
Kita sama sekali tidak boleh menawarkan atau memberikan sebarang benda yang menguntungkan sesiapa secara langsung atau tidak langsung untuk memperoleh kelebihan perniagaan.
Kod ini diguna pakai terhadap semua pegawai dan kakitangan Abbott.